Zamrudhati Blog

Sumber Perbincangan Elemen Kehidupan

Semangat Setia Kawan Semakin Menghilang


Dunia baru sahaja digegarkan dengan dua malapetaka Tsunami di Samoa dan Gempa Bumi di Padang.Apa reaksi para pemimpin utama dunia,awalnya semua berdiam diri tetapi kini bermulalah debat antara negara maju dan dunia ketiga berlumba-lumba membanting tulang hulur bantuan.Itupun selepas diwarwakan oleh pelbagai media elektronik dan cetak.
Hem!!!!ikhlaskah bantuan berkenaan,tak perlu di persoalkan hanya bantuan yang diberi kita mahu,dah dapat meringankan beban para mangsa bencana berkenaan.Saya tabik kat Malaysia walau pun di kecam hebat oleh rakyat Indonesia akibat promosi Lawat Malaysia yang di dakwa penduduk negara berkenaan tentang penggunaan sejenis tarian.Itu tak dijadikan isu oleh Malaysia untuk menolak memberikan bantuan kepada mangsa gempa di Indonesia.Inilah yang cuba di tonjolkan dari Kempen 1 Malaysia.
Oraitttt,dunia menghulur bantuan menjadi seribu persoalan,mengapa bantuan di hulur secara berlumba-lumba.Siapa paling banyak dan cepat dialah yang di sanjung.Tak coollah macam tu.Semangat kejiranan dalam Islam juga dah mula pudar,lihatlah mengapa negara-negara Islam khususnya tidak merujuk semua perkara kepada OIC terlebih dahulu,tapi lebih suka pi kat PBB.apa ni ?
Persoalanini hanya untuk perbincangan jangan di politikkan sudahlah ! Apa terjadi kepada Dana Terkumpul Negara-Negara Islam bukankah itu boleh di hulurkan kepada saudara kita seagama dalam menghadapi kemelut bencana alam,kemarau,kemiskinan-jangan masuk poket pemimpin sudahlah.
Selamat hari raya dan takziah kepada yang tidak bernasib baik.Saya terkejut dengan fenomena yang berlaku di jalan raya Malaysia kini,mengapa pelbagai kempen keselamatan jalan raya tidak dapat mengurangakan jumlah kemalangan.Saya juga pengguna jalan raya siap berdaftar (hidupkan lah lesen memandu dan cukai jalan anda ya!!).
Tadi saya ada tekan kan semangat setia kawan bila kat jalan kecil ke,besar ke atau kat highway yang penting semangat setia kawan.Anggaplah jalan tu bukannya litar F1 Sepang.Jumlah peningkatan kemalangan maut tak menakutkan anda ke!!!!!!!.Kalau tak saya nak syorkan kat kerajaan supaya setiap 10 km sediakan tapak untuk tanah perkuburan supaya senang nak kebumikan mangsa nahas jalan raya.Yang pasti tanamkan semangat setia kawan tu,mereka yang prihatin tidak akan memandu secara melulu.
Tahukah berapa banyak kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu kereta baru dan pemandu yang baru nak kenal jalan raya maklumlah baru dapat lesen skil memandu pun tak seberapa jadi janganlah nak menunjuk-nunjuk kot terbabas ke liang lahad.
Pemandu dan pemilik kenderaan lama atau berusia pun kena ambik peduli,pastikan check diri dan kenderaan sebelum memulakan sebarang perjalanan.Sikap acuh tak acuh membawa kepada malang.Kasihan kat anggota Polis,JPA,Bomba dan Kesihatan yang terpaksa korbankan cuti raya(dibekukan) semata-mata nak pastikan anda sempat sampai ke destinasi yang di tuju.Kalau anda terkorban atau tercedera dalam nahas tak ke sia-sia pengorbanan mereka itu.

October 4, 2009 - Posted by | Panduan Blog

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: