Zamrudhati Blog

Sumber Perbincangan Elemen Kehidupan

Cinta Hati


BERBALIK KEPADA DIRI KITA,SEBENARNYA SEMUA ORANG TAHU APA PERANANNYA.CUMA TIDAK TAHU KAEDAH TERBAIK UNTUK MENGUBAH POSISI INI KEPADA SUATU PELAN ATAU PROGRAMKAN MINDA KITA.

BERMULA DIWAKTU PAGI SEMUA ORANG BANGKIT DARI REHAT YANG PANJANG (TIDUR DIMALAM HARI).MULA MENCARI SESUAP REZEKI MELALUI PEKERJAAN.

BERBALOI DENGAN PEKERJAAN ANDA DIHARGAI DENGAN SEDIKIT PULANGAN YANG MENJERIHKAN KERINGAT KITA.

TANPA PERANCANGAN PULANGAN YANG SEDIKIT ITU TAK DAPAT KITA RASAI UNTUK PAGI SETERUSNYA.

Mungkin tidak ramai menyedari selalunya akibat kesibukan yang kita wujudkan sendiri.Itupun semua orang masih tidak faham mengapa ? ya ?

Ehem,apasal pula boleh melalut begitu jauh,tapi cuba anda renungi sekejap.Masalah ini bukan apa tapi apa pemahaman yang cuba di perjuangankan oleh golongan yang menganggap hiereaki mereka lebih tinggi.]

 

Tetapkan Pendiriran Mu kerana  Yang terbaik

 

 

KLAUSA ‘CINTA HATI’

 

Salam dari saya terlebih dahulu,mungkin ramai masih tertanya-tanya siapa gerangannya yang menulis artikel cinta hati.Persoalannya mengapa dan apa kandungan yang cuba di sampaikanya.

 

Saya dalam bidang ini mungkin agak baru,tapi pengalaman yang mungkin dikongsikan amat bernilai untuk anda menerimanya.Terlebih dahulu saya memperkenalkan  diri saya ini berasal dari negeri pantai timur.Sangat teruja untuk berkongsi pengalaman berkenaan soal hati dan kerohanian.Lebih berminat berada dalam ‘low profile’ bagaimana anda di luar sana.

 

Tidak ramai yang suka menyibukkan diri untuk mendengar rintihan atau luahan perasaan yang bercampur,hiruk pikuk atau berkecamuk.Jadikan sesuatu masalah itu suatu kelebihan atau punca pendapatan.Wow !!!!! punca pendapatan,camna pulak ?

 

Banyak perkara yang kita perlu perkatakan,bincang dan selesaikan bersama.Betul tak satu kepala tak dapat selesai banyak perkara kalau tidak dibantu.Nak tak tahu cuba cari satu masalah dalaman anda selesaikan sendiri.Contohya anda kehilangan kunci rumah,macamana nak solvenya supaya dapat masuk ke dalam rumah tanpa memecahkan sebarang kunci rumah anda ?

 

Hei!!!! Jangan pening dengan kata kata saya,maklumlah anda mungkin tidak biasa dengan kaedah penulisan saya ni.Pemerhatian dan sifat ingin tahu yang datang membuak- buak nanti akan memberi inspirasi tentang apa yang saya ingin anda fahami,Semenjak saya melibatkan diri dalam bidang atau fokus,saya akan tanya diri saya adakah ini pilihan yang tepat ?

 

Ok!!!! cerita tentang latar belakang saya itu tidak penting,tahukah anda di mana mana sekitar tempat anda,adakah masih wujud sifat kejiranan yang boleh anda banggakan.Contohnya bergotong royong di hari minggu membersihkan kawasan tempat tinggal,mengadakan majlis bersua muka,anak anak muda menghormati yang lebih tua dengan menghulurkan bantuan dan istiqamah dalam hal-hal berkaitan kegiatan kebudayaan,keagamaan dan sosialogi.

 

Hem !!! saya rasa tak semua yang kita harapkan jadi persepsi positif kan ? Lihat lah reaksi remaja kita yang semakin hanyut dengan kebudayaan asing yang di agungkan didambakan,terlibat gejala dadah,pergaulan bebas dan sonsang.Banyak akhbar tempatan melaporkan masalah sosial di kalangan remaja ini kian bertambah.Apa peranan anda sebagai sebagai salah seorang dari komuniti ini ? Sakit kepala bila memikirkannya.

 

Berbalik kepada klausa awal tadi cinta hati,andai kata anda pernah terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah.Cuba kira berapa hati yang telah anda lukakan.Bagaimana dengan hati anda sendiri,adakah pernah terfikir ruginya aku jika memilih jalan baik dari melibatkan diri dengan gejala penyalahgunaan dadah.

Marilah kita cuba fahami kata-kata teks ini…..

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

 

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

 

Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :

 

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

 

Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa

 

            Kini sudah 2 minggu kita sama-sama menunaikan ibadat puasa Ramadhan. Matlamat yang paling utama kepada ibadat puasa ialah bagi melahirkan umat bertaqwa kepada Allah sepanjang masa dan tempat.

 

 Antara makna taqwa   sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu.

Inilah yang dilakukan oleh orang yang bertaqwa di mana setiap kali mahu melakukan sesuatu maka diperhatikan terlebih dahulu samada ia dibenarkan oleh Allah atau sebaliknya.

 

Begitu juga riwayat Ibnu Abbas : Taqwa ialah mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya.

 

5 kelebihan umat bertawa sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah melalui ayat 2 – 5 surah at-Talak :

 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

 

[1] sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

,[2]Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

 

[3] Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya

 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا  

 

[4] Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya,

 

[5] dan akan membesarkan pahala balasannya

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

 

            Marilah kita guna sebaik mungkin baki Ramadhan yang masih tinggal untuk memastikan kuantiti dan kualiti amalan soleh makin bertambah.

 

Jadikanlah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling baik dalam hidup kita. Banyakkan bersedekah, membaca dan tadabbur al-Quran seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan kerana para sahabat nabi tidak akan berpindah daripada ayat yang dibaca sehinggalah mereka berjaya mengamalkannya.

 

Perbanyakkanlah zikir, istighfar dan solat sunat kerana kita pernah membaca sejarah di mana Khalifah Harun ar-Rasyid, Imam Ahmad, Imam Syafie dan Imam Malik melakukan solat sunat tidak kurang daripada 200 rakaat sehari.

 

Jangan biarkan kita membiarkan kehadiran Ramadhan tanpa merebut segala tawaran istimewa daripada Allah. Jadikanlah kedatangan Ramdhan sebagai kilang dalam mengeluarkan bekalan akhirat yang berharga.

 

 Biarlah kita hanya menangis ketika orang lain bergembira menyambut kelahiran kita asalkan kita bergembira menemui Allah ketika orang lain bersedih menangisi kematian kita.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

 

Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :

 

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ 

 

Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman.

 

            Turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan jelas menunjukkan kepada kita bahawa tidak mampu dicapai kecuali dengan mengamalkan seluruh system al-Quran yang bukan sahaja memuatkan ibadat khusus malah merangkumi ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.

 

 Puasa mendidik kita supaya menahan daripada lapar dahaga yang bertujuan supaya kita menjaga makan minum kita daripada perkara yang haram dan syubhat.

 

Malah ketika kita sibuk menceritakan tentang wabak  selsema babi yang kini telah mengorbankan 73 nyawa di negara kita maka kita sama-sama menjauhi makanan yang menggunakan unsur babi seperti pembuatan gelatin, industri makanan, suntikan perubatan, pembuatan pinggan mangkuk dan lain – lain lagi.

 

 Ada juga orang Melayu terbabit secara langsung dengan penternakan dan eksport babi. Penggunaan secara meluas hormon babi yang disuntik kepada ayam, ikan keli, patin dan lembu untuk mempercepatkan pembesaran dan penghasilan banyak susu hingga menghasilkan nisbah 40 tisu haiwan asal dan 60 tisu babi.

 

Oleh itu disyorkan mengguna susu kambing menggantikan susu formula di pasaran untuk penyusuan anak-anak kerana kambing merupakan haiwan istimewa yang dilindungi oleh Allah di mana sebarang cubaan memasukkan unsur babi ke dalam tubuh kambing akan menyebabkan ia mati. 

Begitu juga tindakan Kerajaan yang lebih memberi fokus menangani selsema babi di kalangan manusia sebaliknya tidak tegas dalam menghapuskan punca virus iaitu babi itu sendiri sebagaimana dihapuskan lembu bila merebak penyakit kuku dan mulut serta ayam dan burung bila berlakunya selsema burung sebelum ini.

 

Negara menyaksikan hanya pejabat, sekolah, universiti ditutup sedangkan kandang babi terus dibiarkan bebas walau pun merbahaya. 

 

 Antara cara mengelak selsema babi cara Islam ialah dengan kaedah berwudhu’, baca basmalah, doa ma’thurat, baca al-Quran, solat, puasa, penggunaan tanah untuk membasuh anggota tubuh dan pengambilan habbatus sauda’ dan berpurdah yang sentiasa bersih bagi wanita

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

 

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً : عَاصِرَهَا ، وَمُعْتَصِرَهَا ، وَشَارِبَهَا ، وَحَامِلَهَا ، وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ ، وَسَاقِيَهَا ، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا ، وَالْمُشْتَرِي لَهَا ، وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ –  رواه الترمذي وابن ماجه

 

 

Hadis Nabi saw yang bermaksud :

 

Manakala dalam hal arak ini pula ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya, pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya

           

Al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadhan turut menjelaskan tentang makan minum yang halal dan haram untuk manfaat kita.

 

Jika sebelum ini kita ada membaca kajian sains bagaimana hikmat rotan seratus kali kepada penzina yang belum kahwin boleh menyekat virus daripada mengalir melalui saluran darah bagi mengelak penyakit bahaya seperti aids.

 

Manakala penzina yang telah kahwin tidak lagi dapat diselamatkan melainkan direjam hingga mati.

 

 Begitulah hukuman rotan terhadap peminum arak di mana seorang saintis Rusia menggunakan kaedah rotan bagi menghilangkan penyakit ketagih arak dan dadah di kalangan pesakitnya.

 

Semoga didikan Ramadhan menjauhkan kita daripada hasil dan makanan yang haram. Jagalah keturunan kita daripada terjebak dengan arak kerana masih ramai orang Melayu yang bekerja di tempat yang terlibat dengan arak.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

 

            Al-Quran turut mengajar kita bagaimana cara menguruskan urusan dunia dengan berpaksikan agama.

Melalui neraca agama maka kita akan kenal siapa pemimpin yang patut kita lantik bagi menguruskan negara.

 

 Kita tidak mahu semut mati kerana gula, rakyat menderita kerana terpikat dengan indahnya slogan sahaja tanpa pelaksaannya.

 

Jangan kita meletakkan kepentingan peribadi , kepentingan nafsu sendiri  , kepentingan kaum kerabat sehingga kita lupa dengan perintan Allah swt iaitu dalam bab melantik dan memilih pemimpin ini , biarlah seorang yang bertakwa kepada Allah dan berusaha untuk melakukan segala perintan dan tuntutan Allah swt di zaman kepimpinanNya

 

Jangan kta menipu diri kita sendiri , kononnya , untuk kepentingan bangsa melayu , tetapi hakikat nya , kita beralih arah daripada landasan perjuangan yang berlandaskan islam kepada ideologi lain dan dasar yang  lain daripada islam semata – mata kerana ada kepentingan peribadi dan kepentinag nafsu itu sendiri.

 

Sememangnya nafsu tidak akan merasa puas dengan apa yang kita ada selama ini.Ingat lah , di akhirat kelak , kita akan dipersoal balik oleh Allah swt.

 

Saudaraku…..

 

 Kita bimbang bila mendengar dakwaan jika wawasan 2020 sebelum ini seakan-akan dicedok daripada konsep Israel.

 

Begitu juga slogan 1Malaysia yang didakwa meniru pendekatan politik One Israel terutama syarikat Yahudi iaitu APCO Worldwide dilantik bagi memulih imej pemimpin negara.

 

Ditambah dengan pertemuan Menteri Pertahan negara dengan Ehud Barak yang belum jelas motif dan tujuannya yang dibimbangi serupa dengan pertemuan pemimpin Mesir dengan pemimpin Israel yang berkesudahan dengan serangan kejam terhadap Palestin dan tekanan terhadap gerakan Islam.

 

Slogan 1Malaysia yang dikatakan mendahului rakyat  terus menyaksikan kezaliman ISA diteruskan, umat Islam menyambut puasa dengan kekurangan bekalan gula akibat manopoli 2 orang kaya, menyambut merdeka dengan kenaikan harga minyak dan dibimbangi harga barang akan naik sebelum nampak anak bulan Syawal.

 

Kata syair : Sesungguhnya pemimpin yang jahat naik memerintah kerana majoriti rakyatnya yang jahat juga, pemimpin yang baik dipilih bila majoriti rakyatnya baik.

 

Firman Allah dalam ayat  41 surah al-Ankabut :

 

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ 

 

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka  mengetahui.

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 


Hak cipta terpelihara : imam_prawa@yahoo.com

September 8, 2009 - Posted by | Cinta Hati, Panduan Blog

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: