Zamrudhati Blog

Sumber Perbincangan Elemen Kehidupan

Himpunan Khutbah Jumaat

Khutbah 1

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

 

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

 

Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :

 

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

 

Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa

 

            Kini sudah 2 minggu kita sama-sama menunaikan ibadat puasa Ramadhan. Matlamat yang paling utama kepada ibadat puasa ialah bagi melahirkan umat bertaqwa kepada Allah sepanjang masa dan tempat.

 

 Antara makna taqwa   sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu.

Inilah yang dilakukan oleh orang yang bertaqwa di mana setiap kali mahu melakukan sesuatu maka diperhatikan terlebih dahulu samada ia dibenarkan oleh Allah atau sebaliknya.

 

Begitu juga riwayat Ibnu Abbas : Taqwa ialah mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya.

 

5 kelebihan umat bertawa sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah melalui ayat 2 – 5 surah at-Talak :

 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

 

[1] sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

,[2]Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

 

[3] Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya

 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا  

 

[4] Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya,

 

[5] dan akan membesarkan pahala balasannya

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

 

            Marilah kita guna sebaik mungkin baki Ramadhan yang masih tinggal untuk memastikan kuantiti dan kualiti amalan soleh makin bertambah.

 

Jadikanlah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling baik dalam hidup kita. Banyakkan bersedekah, membaca dan tadabbur al-Quran seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan kerana para sahabat nabi tidak akan berpindah daripada ayat yang dibaca sehinggalah mereka berjaya mengamalkannya.

 

Perbanyakkanlah zikir, istighfar dan solat sunat kerana kita pernah membaca sejarah di mana Khalifah Harun ar-Rasyid, Imam Ahmad, Imam Syafie dan Imam Malik melakukan solat sunat tidak kurang daripada 200 rakaat sehari.

 

Jangan biarkan kita membiarkan kehadiran Ramadhan tanpa merebut segala tawaran istimewa daripada Allah. Jadikanlah kedatangan Ramdhan sebagai kilang dalam mengeluarkan bekalan akhirat yang berharga.

 

 Biarlah kita hanya menangis ketika orang lain bergembira menyambut kelahiran kita asalkan kita bergembira menemui Allah ketika orang lain bersedih menangisi kematian kita.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

 

Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :

 

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ 

 

Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman.

 

            Turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan jelas menunjukkan kepada kita bahawa tidak mampu dicapai kecuali dengan mengamalkan seluruh system al-Quran yang bukan sahaja memuatkan ibadat khusus malah merangkumi ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.

 

 Puasa mendidik kita supaya menahan daripada lapar dahaga yang bertujuan supaya kita menjaga makan minum kita daripada perkara yang haram dan syubhat.

 

Malah ketika kita sibuk menceritakan tentang wabak  selsema babi yang kini telah mengorbankan 73 nyawa di negara kita maka kita sama-sama menjauhi makanan yang menggunakan unsur babi seperti pembuatan gelatin, industri makanan, suntikan perubatan, pembuatan pinggan mangkuk dan lain – lain lagi.

 

 Ada juga orang Melayu terbabit secara langsung dengan penternakan dan eksport babi. Penggunaan secara meluas hormon babi yang disuntik kepada ayam, ikan keli, patin dan lembu untuk mempercepatkan pembesaran dan penghasilan banyak susu hingga menghasilkan nisbah 40 tisu haiwan asal dan 60 tisu babi.

 

Oleh itu disyorkan mengguna susu kambing menggantikan susu formula di pasaran untuk penyusuan anak-anak kerana kambing merupakan haiwan istimewa yang dilindungi oleh Allah di mana sebarang cubaan memasukkan unsur babi ke dalam tubuh kambing akan menyebabkan ia mati. 

Begitu juga tindakan Kerajaan yang lebih memberi fokus menangani selsema babi di kalangan manusia sebaliknya tidak tegas dalam menghapuskan punca virus iaitu babi itu sendiri sebagaimana dihapuskan lembu bila merebak penyakit kuku dan mulut serta ayam dan burung bila berlakunya selsema burung sebelum ini.

 

Negara menyaksikan hanya pejabat, sekolah, universiti ditutup sedangkan kandang babi terus dibiarkan bebas walau pun merbahaya. 

 

 Antara cara mengelak selsema babi cara Islam ialah dengan kaedah berwudhu’, baca basmalah, doa ma’thurat, baca al-Quran, solat, puasa, penggunaan tanah untuk membasuh anggota tubuh dan pengambilan habbatus sauda’ dan berpurdah yang sentiasa bersih bagi wanita

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

 

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً : عَاصِرَهَا ، وَمُعْتَصِرَهَا ، وَشَارِبَهَا ، وَحَامِلَهَا ، وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ ، وَسَاقِيَهَا ، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا ، وَالْمُشْتَرِي لَهَا ، وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ –  رواه الترمذي وابن ماجه

 

 

Hadis Nabi saw yang bermaksud :

 

Manakala dalam hal arak ini pula ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya, pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya

           

Al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadhan turut menjelaskan tentang makan minum yang halal dan haram untuk manfaat kita.

 

Jika sebelum ini kita ada membaca kajian sains bagaimana hikmat rotan seratus kali kepada penzina yang belum kahwin boleh menyekat virus daripada mengalir melalui saluran darah bagi mengelak penyakit bahaya seperti aids.

 

Manakala penzina yang telah kahwin tidak lagi dapat diselamatkan melainkan direjam hingga mati.

 

 Begitulah hukuman rotan terhadap peminum arak di mana seorang saintis Rusia menggunakan kaedah rotan bagi menghilangkan penyakit ketagih arak dan dadah di kalangan pesakitnya.

 

Semoga didikan Ramadhan menjauhkan kita daripada hasil dan makanan yang haram. Jagalah keturunan kita daripada terjebak dengan arak kerana masih ramai orang Melayu yang bekerja di tempat yang terlibat dengan arak.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

 

            Al-Quran turut mengajar kita bagaimana cara menguruskan urusan dunia dengan berpaksikan agama.

Melalui neraca agama maka kita akan kenal siapa pemimpin yang patut kita lantik bagi menguruskan negara.

 

 Kita tidak mahu semut mati kerana gula, rakyat menderita kerana terpikat dengan indahnya slogan sahaja tanpa pelaksaannya.

 

Jangan kita meletakkan kepentingan peribadi , kepentingan nafsu sendiri  , kepentingan kaum kerabat sehingga kita lupa dengan perintan Allah swt iaitu dalam bab melantik dan memilih pemimpin ini , biarlah seorang yang bertakwa kepada Allah dan berusaha untuk melakukan segala perintan dan tuntutan Allah swt di zaman kepimpinanNya

 

Jangan kta menipu diri kita sendiri , kononnya , untuk kepentingan bangsa melayu , tetapi hakikat nya , kita beralih arah daripada landasan perjuangan yang berlandaskan islam kepada ideologi lain dan dasar yang  lain daripada islam semata – mata kerana ada kepentingan peribadi dan kepentinag nafsu itu sendiri.

 

Sememangnya nafsu tidak akan merasa puas dengan apa yang kita ada selama ini.Ingat lah , di akhirat kelak , kita akan dipersoal balik oleh Allah swt.

 

Saudaraku…..

 

 Kita bimbang bila mendengar dakwaan jika wawasan 2020 sebelum ini seakan-akan dicedok daripada konsep Israel.

 

Begitu juga slogan 1Malaysia yang didakwa meniru pendekatan politik One Israel terutama syarikat Yahudi iaitu APCO Worldwide dilantik bagi memulih imej pemimpin negara.

 

Ditambah dengan pertemuan Menteri Pertahan negara dengan Ehud Barak yang belum jelas motif dan tujuannya yang dibimbangi serupa dengan pertemuan pemimpin Mesir dengan pemimpin Israel yang berkesudahan dengan serangan kejam terhadap Palestin dan tekanan terhadap gerakan Islam.

 

Slogan 1Malaysia yang dikatakan mendahului rakyat  terus menyaksikan kezaliman ISA diteruskan, umat Islam menyambut puasa dengan kekurangan bekalan gula akibat manopoli 2 orang kaya, menyambut merdeka dengan kenaikan harga minyak dan dibimbangi harga barang akan naik sebelum nampak anak bulan Syawal.

 

Kata syair : Sesungguhnya pemimpin yang jahat naik memerintah kerana majoriti rakyatnya yang jahat juga, pemimpin yang baik dipilih bila majoriti rakyatnya baik.

 

Firman Allah dalam ayat  41 surah al-Ankabut :

 

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ 

 

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka  mengetahui.

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 


Hak cipta terpelihara : imam_prawa@yahoo.com

 

Khutbah 2

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah engkau apakah itu Lailatul-Qadar?. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Kini kita telah berada pada 10 hari dan malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang dijanjikan Allah bahawa ada di antara malamnya suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Anugerah yang amat berharga ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Qadr di mana antara sebab turunnya surah ini ialah sebagaimana disebut oleh Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya:

Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang.

Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :

Adalah Rasulullah S.A.W telah beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir daripada Ramadhan dan baginda S.A.W bersabda yang bermaksud : Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan

Antara hikmat disembunyikan Lailatul Qadar menurut Imam al-Razi seorang ahli tafsir terkenal ialah yang Pertama : Agar umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua : Bimbang umat Islam tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat walau pun telah ditetapkan malam tertentu atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah kerana berbuat maksiat dalam keadaan tahu lebih besar dosanya.

 Ketiga : Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

 Keempat : Melahirkan umat yang menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan Lailatul Qadar sehingga meningkat amal solehnya.

Amat malang jika orang lain menggunakan masa yang begitu istimewa ini untuk beriktikaf di masjid sedangkan kita asyik sibuk di Super Market. Amat rugi jika orang lain sibuk menggandakan amal soleh pada hari-hari terakhir Ramadhan sedangkan kita terlalu sibuk dengan persiapan hari raya.

 Amat kurang cerdik bila orang lain lebih mengejar tawaran istimewa daripada Allah sedangkan kita lebih seronok menyahut jualan murah di pasaraya. Amat kurang bijak bila orang lain berlumba menambah bekalan akhirat sedangkan kita terus asyik dengan dunia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran :
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah
Ramadhan pernah menyaksikan kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar al-Kubra pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah dan pembukaan Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah menunjukkan kepada kita bagaimana lemahnya nafsu membolehkan semangat juang semakin kuat. Puasa bukan penghalang yang memadamkan semangat juang sebaliknya ia sebagai suatu tarbiah yang berharga dalam melahirkan umat yang hanya takut kepada Allah sehingga tidak akan tunduk kepada musuh walau apa pun yang berlaku.

Antara faktor utama kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan musuh ialah

[1] Teguh hati di mana tanpa keteguhan hati pasukan muslimin dan peneguhan Allah dengan malaikat-Nya, maka tidak akan wujud kemenangan untuk mereka.

Keteguhan hati ini sangat penting kerana perjalanan dakwah adalah jalan sangat panjang dan banyak rintangannya. Dengan keteguhan hati inilah yang menyebabkan mereka mendapat kemenangan, kemuliaan dan pahala yang besar. Keteguhan dalam menyatakan kebenaran, tidak tergoda dengan takhta, harta dan wanita serta habuan dunia yang membolehkan kan pasukan muslimin mencapai kemenangan.

2] Zikrullah iaitu dengan mengingati Allah sebanyak mungkin secara lisan dan hati. Ternyata syarat kemenangan berpihak kepada orang yang sentiasa ingat Allah dengan selalu berzikir, berdoa dan qiamulail. Mengingati Allah ketika berperang akan menyebabkan seseorang akan mencapai ketinggian ubudiah kehambaaan dan keimanan kepada Allah serta tawakkal kepada Allah.

Keteguhan hati dan zikrullah adalah cara untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 46 surah al-A’araf :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Faktor yang seterusnya dalam meraih kemenangan ialah [

3] Taat kepada Allah dan RasulNya di mana pertolongan dan bantuan daripada Allah hanya akan muncul bersama dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

 [4] Tiada perselisihan di mana keteguhan hati, zikrullah, dan taat kepada Allah dan RasulNya, apabila diikuti dengan berbantah-bantahan maka yang akan terjadi adalah kegagalan dan hilangnya kekuatan. Dalam perang Badar misalnya, Allah menjaga pasukan Muslimin daripada perselisihan dan berbantah-bantahan.

[5] Sabar dalam menghadapi ujian dan kesusahan kerana sabar adalah senjata kekuatan sesuatu pasukan.

Sabar dalam menghadapi pertempuran dan sabar dalam menghadapi musibah adalah jaminan bagi sempurnanya pertolongan yang akan diberikan Allah. Sabar bukan bererti pasif. Oleh hal yang demikian, sabar harus sentiasa diiringi dengan ikhtiar dan mujahadah.

[6] Ikhlas di mana kemenangan tidak boleh diraih dengan kesombongan dan riak. Allah pasti akan menolong orang-orang yang berperang di jalanNya dengan niat yang ikhlas.

Dalam Islam, bilangan bukanlah faktor yang menentukan segala-galanya tetapi faktor kualiti adalah sesuatu yang perlu diutamakan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena berada dalam bulan Ramadhan yang merupakan bukan perjuangan dalam menewaskan musuh yang tersembunyi iaitu nafsu dan musuh daripada golongan kuffar yang sentiasa memerangi umat Islam maka ini semua menuntut agar kita memenuhi segala syarat kemenangan barulah Allah akan datangkan kemenangan yang dijanjikan.

 Renungilah nasib yang menimpa saudara seagama kita yang sedang ditindas di tanahair sendiri seperti di Selatan Thailand, Mindanao Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Chechnya dan lainnya di mana atas nama memerangi keganasan maka negara umat Islam yang menjadi mangsa keganasan.

Begitu juga nasib yang menimpa saudara kita apabila Kerajaan Xinjiang, China kembali mengeluarkan peraturan yang tidak adil dan ‘tidak menghormati hak asasi manusia’ terhadap muslim Uighur yang diancam akan diberhentikan dari pekerjaannya jika diketahui tidak makan pada waktu makan siang.

 Kempen makan siang, teh, dan kopi diberi percuma sebagai taktik untuk mengetahui siapa yang berpuasa. Para pemilik restoran Muslim dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa restoran akan tetap dibuka dan menjual minuman beralkohol dibulan Ramadhan, jika tidak lesennya akan ditarik.

Para imam masjid dipaksa untuk berceramah kepada yang lain bahawa puasa adalah aktiviti yang berbahaya bagi kesihatan. Jika tidak, kewarganegaraan mereka akan ditarik balik.

 Tiada guna merayu pada musuh, tiada manfaat mengadu kepada lawan. Apa yang diharapkan ialah bantuan daripada saudara seagama yang lebih takut kepada Allah daripada musuh durjana, saudara yang lebih pentingkan akhirat daripada dunia.

Berubahlah hasil tarbiah Ramadhan agar kita berjaya dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: